Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.
Menurut perkongsian dari Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian itu dilaporkan ibu bayi berkenaan, wanita tempatan berusia 31 tahun pada 4.24 petang semalam.
Ads
Beliau berkata, bagaimanapun, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa.
“Ibu mangsa memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri ketika dikejutkan dari tidur oleh pengasuhnya, wanita tempatan berusia 34 tahun.
Ads
“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Ads
Menurut beliau, setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dijalankan selari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Harian Metro
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang tahu tak, anak sulung penyanyi Tomok pun ada bakat menyanyi sama macam ayah dia? Haa, inilah dia Arrian Shah Akid yang baru-baru ni berjaya mencuri perhatian ramai bila menyanyikan lagu popular kumpulan New Boyz.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Arrian dilihat menyanyi lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ dengan penuh yakin. Bukan satu lagu je tau, Arrian siap menghiburkan ahli keluarga dengan beberapa buah lagu lain termasuk ‘Untukmu Ibu’. Wah, memang terasa aura penyanyi cilik!
Rupa-rupanya, momen manis tu berlaku semasa sambutan hari keluarga yang diadakan di Janda Baik, Pahang. Suasana pun nampak santai dan meriah, semua ahli keluarga seronok tengok Arrian menyanyi dengan suara yang merdu.
Video berdurasi hampir dua minit itu turut buat ramai netizen terkejut sebab Arrian nampak makin tinggi dan semakin matang. Ramai juga yang kagum melihat bakat nyanyiannya yang dikatakan mewarisi suara ayahnya, Tomok, pelantun lagu terkenal ‘Sejarah Mungkin Berulang’.
Seronok kan tengok anak kecil berani tunjuk bakat? Siapa tahu satu hari nanti Arrian pula jadi penyanyi hebat macam ayah dia. Kita doakan yang baik-baik untuk Arrian ya!
Apa makanan kegemaran korang? Coklat, fries, atau pizza? Memang sedap, tetapi adakah makanan yang korang suka itu memberi manfaat untuk kesihatan? Atau sebenarnya ia boleh merosakkan badan tanpa kita sedar? Mari kita lihat makanan mana yang baik untuk kesihatan dan mana yang perlu kita elakkan agar kita sentiasa sihat dan bertenaga!
Korang mesti tahu makanan seperti sosej, nuget, dan kentang goreng memang sedap, tetapi biasanya mengandungi bahan pengawet, pewarna, dan bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan tubuh kita. Pengambilan makanan proses yang kerap boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit. Sebaiknya, pilih makanan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk lebih khasiat.
Minuman manis dan minuman kotak sering menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang menyegarkan, namun ia mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Terlalu banyak gula boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes dan obesiti. Sebagai alternatif, pilih air kosong atau jus buah tanpa gula untuk kekal sihat.
Makanan segera dan hidangan bergoreng memang menggoda selera, tetapi penggunaan minyak berulang kali dalam penyediaannya boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Bahan dalam makanan ini juga sukar diproses oleh tubuh kita. Untuk kesihatan yang lebih baik, lebih baik makan makanan yang dimasak sendiri dengan bahan yang lebih segar dan sihat.
Mi segera dan snek berperisa sering mengandungi MSG dan garam natrium yang berlebihan. Pengambilan bahan-bahan ini dalam jumlah banyak boleh mengganggu fungsi tubuh dan menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang. Sebagai ganti, pilihlah snek sihat seperti kacang, buah-buahan, atau sayuran yang dipotong kecil.
Gula-gula dan makanan berwarna cerah sering mengandungi pewarna tiruan dan bahan kimia lain yang boleh memberi kesan negatif kepada otak dan tingkah laku kita. Pewarna tiruan ini kadang-kadang mengganggu kemampuan kita untuk fokus dan memberi kesan kepada mood. Sebaiknya, pilihlah makanan semulajadi dan yang kurang gula untuk kesihatan yang lebih baik.
Makanan-makanan ini boleh menjadi ‘racun senyap’ jika dimakan secara berlebihan. Jadi, mari kita bijak memilih makanan yang lebih sihat agar tubuh kita tetap sihat, bertenaga, dan kuat. Dengan makan makanan yang lebih sihat, kita dapat memastikan tubuh dan minda kita sentiasa dalam keadaan terbaik!
Pilih makanan yang lebih segar, kurang diproses, dan bebas dari bahan kimia berbahaya untuk kesihatan yang lebih baik. Elakkan pengambilan makanan tinggi gula, garam, dan lemak tidak sihat, dan pastikan kita makan dengan bijak. Dengan cara ini, kita dapat menjalani hidup yang lebih sihat, penuh tenaga, dan cerdas!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak menyertai sebuah program realiti, Audra yang lebih dikenali sebagai Oddah yang merupakan anak kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah sering jadi perhatian ramai.
Bila selalu muncul di skrin dan media sosial, ada saja perkara tentang Oddah yang jadi bualan warganet.
Tapi, bukan semua komen yang diterima itu manis. Ada juga netizen yang suka mengkritik dan bercakap perkara tidak elok tentang Oddah. Sebab itulah ibu Oddah tampil mempertahankan anaknya dan berkongsi pendapat tentang cara terbaik menghadapi kecaman.
Dalam satu podcast bernama Too Pretty To Handle, Sharifah Shahirah berkata dia lebih selesa untuk tidak membalas komen negatif. Katanya, walaupun dia membaca komen tersebut, dia cuba untuk tidak beremosi dan tidak melayan kata-kata yang menyakitkan hati.
“Saya cuba untuk tidak jawab. Jangan balas dan jangan respon sangat sebab mereka tidak tahu.
“Baca juga (kecaman), tapi tak (beremosi),” ujarnya.
Sebagai seorang ibu, Sharifah Shahirah juga menasihati Oddah supaya tidak berbalah dengan netizen. Menurutnya, orang yang suka mengkritik selalunya mahu menang dan sukar untuk difahamkan. Jadi, lebih baik jangan buang tenaga untuk berbalas kata.
“Kalau kita nak terangkan..apa lagi yang kita boleh betulkan mereka?
“Saya cakap pada Odah, ‘mereka ini akan selalu nak menang, kau jangan gaduh dengan mereka,” ujarnya lagi.
Sharifah Shahirah turut menjelaskan bahawa tugasnya sebagai ibu ialah menasihati, membimbing dan menjaga anaknya sebaik mungkin. Selebihnya, dia menyerahkan kepada Allah dan percaya Oddah akan belajar menjadi lebih kuat dan matang.
Cerita ini mengajar kita satu perkara penting. Bila ada orang bercakap perkara tidak baik tentang kita, bukan semua perlu dibalas. Kadang-kadang, diam itu lebih bijak. Yang penting, kita tahu siapa diri kita dan ada orang tersayang yang sentiasa menyokong kita.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!