Cuaca yang tidak menentu ditambah dengan kualiti udara yang tidak baik kini, ramai anak-anak yang tidak sihat dan demam serta batuk berpanjangan. Jangan cemas merawat anak demam sebaliknya rawat anak sebaiknya dan pantau kesihatan anak.
Apa nak buat bila anak demam? Ini yang dikongsikan oleh Dr. Erna Nadia sebagai panduan mak ayah untuk memantau anak demam.
Sedikit tips apabila anak tidak sihat:
1. Berikan ubat demam ( paracetamol) setiap 6 jam sekali. Jika anak ada G6PD, boleh bagi ibuprofen pada anak ( elok dapatkan nasihat doktor ya).
2. Pastikan anak memakai pakai yang nipis. Tidak perlu bedung atau selimut mereka. Nanti lagi panas badan mereka.
IKLAN
3. Kerapkan anak anak mandi atau lap badan mereka. Ini untuk pastikan suhu mereka turun.
4. Bantu mereka minum air kosong dengan kerap. Sejam sekali offer mereka minum. Semasa tidak sihat, badan perlu lebih untuk sejukkan badan dan juga untuk pastikan organ berkerja dengan padu untuk melawan jangkitan kuman.
5. Biar mereka berehat. Semasa anak kecil tidur, sewaktu itulah badan mereka sedang melawan kuman dan sewaktu itulah proses pemulihan berlaku.
IKLAN
6. Jika mereka ada batuk, selsema, sakit tekak, muntah, cirit atau simptom lain, berikan mereka ubat setelah mendapat rawatan dari doktor.
7. Offer makanan yang mudah ditelan dan dihadam oleh anak anak. Jika mereka tak mahu nasi, tak perlu paksa. Bagi apa yang mereka mahu makan contohnya roti, sup, buah. Asalkan mereka makan.
8. Jika demam ( suhu lebih 39) sudah melebihi 3 hari, walau dah bagi ubat demam 6-8 jam sekali, terus bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
IKLAN
9. Jangan lupa lakukan ujian covid-19, influenza atau RSV untuk pastikan mereka tidak dijangkiti virus berkenaan.
10. Jika anak kelihatan lemah, lesu, tak mahu makan dan minum, pampers kering hampir seharian, menangis tiada air mata, nafas laju, nafas berbunyi, menangis kuat tanpa boleh dipujuk, muntah atau cirit melebihi 10 kali, sawan atau perut keras, teruslah bawa ke jabatan kecemasan hospital bagi pemeriksaan lanjut. Inilah tanda amaran pada anak kecil.
Harap membantu dan semoga dipermudahkan segala urusan kita.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat bersalin anak keduanya pada 17 Mei yang lalu. Dia melalui kelahiran secara pembedahan di atas saranan doktor kerana mengalami masalah jantung. Isteri kepada Raja Syahiran ini turut berkongsi tentang kelahiran kali kedua ini adalah dua minggu awal dari due date yang sebenar.
Semalam, Uyaina telah memuatnaik sebuah video di media sosial berkongsi detik-detik indah pertama kali anak sulungnya, Raja Urhan, berjumpa dengan adik. Dapat dilihat Urhan sangat teruja dan seperti tidak percaya yang adiknya telah lahir dan boleh disentuh.
Didalam video tersebut, Urhan dibawa oleh Baba untuk berjumpa dengan Mama dan adiknya. Ketika masuk ke bilik, dia seakan-akan terkejut tetapi tidak lama selepas itu Urhan terus naik ke katil untuk memegang dan mencium adiknya.
Di penghujung video, Urhan memegang gambar adiknya sambil memberitahu bahawa dia gembira. Biarpun baru saja berusia sekitar dua tahun, namun sudah jelas kelihatan kasih sayang seorang abang terhadap adiknya.
Biarpun video tersebut berdurasi singkat tetapi tetap menyentuh hati mereka yang menonton. Rata-rata turut berkongsi pengalaman mereka selain melahirkan rasa sebak menonton video Uyaina ini. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat Uyaina sekeluarga di atas kelahiran putera yang kedua ini. Tahniah!
Di tengah keheningan hutan yang luas, hiduplah seekor gajah yang besar dan kuat. Namun, disebalik kekuatannya, tersembunyi rasa kesepian yang mendalam.
Gajah itu tidak memiliki sahabat untuk berbahagi cerita dan kegembiraan. Dalam kesedihannya, gajah memutuskan untuk berjalan mencari sahabat. Perjalanannya dimulai dengan bertemu seekor monyet yang lincah, namun monyet tersebut menolak untuk berkawan dengannya dengan alasan gajah terlalu besar.
Kemudian, gajah bertemu dengan musang dan rusa, yang sama-sama menolaknya kerana takut akan kebesaran dan kekuatan gajah. Namun, takdir membawa cerita yang berbeza ketika ada khabar angin mengatakan bahawa harimau ingin memakan kesemua haiwan di dalam hutan.
Gajah, dengan hati yang berani, memutuskan untuk berhadapan dengan harimau tersebut. Dengan kekuatan dan keberaniannya, gajah berhasil menghalau harimau itu dan menyelamatkan semua haiwan di hutan.
Keberanian gajah merubah pandangan semua haiwan terhadap dirinya. Mereka menyedari bahawa kekuatan gajah tidak hanya luaran, tetapi juga hatinya yang besar dan berani.
Haiwan-haiwan di hutan pun akhirnya menerima gajah sebagai sahabat mereka.
Kisah gajah mencari sahabat ini mengajarkan kita tentang pentingnya keberanian, belas kasihan, dan tidak menghakimi orang lain dari luar sahaja. Gajah, yang awalnya kesepian kerana penolakan, akhirnya diterima dan dihargai kerana tindakannya yang mulia
Ramai yang mengenali Irin Putri Azmi melalui rancangan TV satu masa dahulu tetapi kini dia lebih ramai follower kerana pendedahan tentang autisme yang dibuat melalui media sosialnya. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak autisme, Irin mengambil peluang sebagai seorang pempengaruh untuk berkongsi ilmu dan pengalaman membesarkan Raees Aryan.
Mempunyai semangat juang yang tinggi, Irin sering bercerita tentang aktiviti anak sulungnya itu yang mempunyai bakat dalam bidang muzik. Bahkan Raees boleh memainkan sesebuah lagu hanya dengan mendengarnya tanpa perlu merujuk not muzik.
Baru-baru ini Irin telah membawa Raees untuk berjumpa dengan penyanyi hebat, Marsha. Menurut Irin, lagu Marsha berjudul Hening Rindu merupakan lagu kegemaran Raees buat masa ini. Apabila dapat bertemu dengan penyanyi lagu tersebut, Raees nampak gembira tetapi malu-malu.
Marsha kemudiannya meminta Raees untuk memainkan lagu tersebut dan dia kemudiannya menyanyi bersama-sama. Namun yang menyentuh perasaan ramai orang adalah apabila Marsha tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika melihat Raees memainkan lagu tersebut dengan begitu baik.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji bakat Raees serta turut melahirkan rasa tersentuh mereka melihat Marsha menyanyikan lagu itu bersama Raees.
Selesai menyanyi, Raees terus bangun dari kerusi dan kelihatan segan semula. Tidak dinafikan bakat Raees sangat besar dan harus diberikan pujian. Good job Raees!
Lumrah dalam kehidupan, anak sulung terpaksa beralah dalam segala hal malah lebih mudah berasa tersisih dan cemburu apabila menerima kehadiran adik- beradik yang lain.
Hal...