Apa Itu Sedekah?
Sedekah merupakan sumbangan sukarela yang boleh diberikan bila-bila masa. Sedekah boleh diberikan mengikut kemampuan dan keikhlasan hati. Ia boleh berupa wang, makanan, pakaian, atau apa sahaja yang boleh membantu orang lain.

Apa yang sedekah ajarkan kita?
Sedekah mengajar kita untuk sentiasa bersyukur dan tidak mementingkan diri. Kita akan belajar bahawa dengan memberi, kita sebenarnya juga mendapat sesuatu, iaitu dengan melihat kegembiraan orang lain bahagia.

Contoh sedekah yang mudah dilakukan oleh kanak-kanak ialah memberi makanan kepada kawan-kawan yang tidak membawanya, atau memberikan mainan lama yang tidak digunakan kepada mereka yang memerlukan.

Ads

Apa Kebaikan Berzakat dan Bersedekah?

1. Membantu Orang Lain
Dengan berkongsi rezeki, kita membantu orang yang memerlukan makanan, pakaian, pendidikan, dan tempat tinggal.

Ads

2. Menjadikan Dunia Lebih Baik
Apabila semua orang berkongsi, masyarakat menjadi lebih adil dan harmoni, kerana tiada siapa yang terpaksa menderita dalam kemiskinan.

Ads

3. Mengajarkan Sifat Mulia
Zakat dan sedekah mengajar kita menjadi lebih pemurah, tidak tamak, dan sentiasa ingat untuk membantu orang lain.

Kesimpulannya, sedekah adalah cara Islam mengajar kita tentang pentingnya berkongsi dan membantu. Bukan sahaja kita mendapat keberkatan daripada Allah, tetapi kita juga dapat mewujudkan suasana yang lebih bahagia dan sejahtera dalam masyarakat. Walaupun kita masih kecil, kita sudah boleh belajar tentang kepentingan memberi dan berbuat baik kepada orang lain!