Kisah ini memaparkan sebuah cerita seram sekaligus menghibur yang berkisar pada penggunaan toyol untuk mencapai kekayaan dan kemudahan dalam hidup. Dikisahkan, terdapat beberapa insiden di mana orang-orang mengalami kehilangan duit dan barang akibat perbuatan makhluk halus ini.
Berawal dari sebuah sekolah di mana kejadian misteri mula terjadi seperti kehilangan duit dan barang-barang milik orang.
Pada suatu malam, seorang petugas merasa ada sesuatu yang tidak kena dan melihat kelibat makhluk halus yang mencurigakan. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, mereka memutuskan untuk menangkap toyol tersebut.
Berujung dengan penangkapan toyol yang ternyata adalah makhluk kecil berwarna merah, yang telah banyak mencuri barang dan duit. Cerita ini mengajarkan tentang pentingnya usaha dan kerja keras dalam mencapai kekayaan, bukan melalui cara-cara yang tidak baik seperti menggunakan toyol.
Kisah ini mengajarkan kita bahawa kekayaan dan kemudahan hidup yang didapatkan melalui cara yang tidak benar tidak akan membawa kebahagiaan yang sejati. Kita harus selalu berusaha dengan cara yang halal dan baik untuk mencapai tujuan kita dalam hidup
BK RAUDHAH : HUD-HUD UTUSAN NABI SULAIMAN
Dikisahkan, sebelum Ka’bah di Mekkah didirikan, orang yang beriman kepada Allah tidak memiliki tempat khusus untuk beribadah. Allah kemudian memerintahkan Nabi Sulaiman untuk membangun Baitul Maqdis sebagai rumah ibadah.
Setelah berhasil, Nabi Sulaiman berangkat meninggalkan Baitul Maqdis untuk menjelajahi dunia, sebagai bentuk nazar atas keberhasilannya.
Dalam perjalanan ke Yaman, Nabi Sulaiman dan rombongannya mengalami kekurangan bekal dan air. Saat pembantunya gagal menemukan sumber air, Nabi Sulaiman memanggil Burung Hud Hud untuk mencari sumber air tersebut.
Ratu Balqis, memberikan jawapan dengan mengirim wakil dan hadiah ke Nabi Sulaiman sebagai tanda hormat sekaligus untuk menunjukkan kehebatan kerajaannya.
Nabi Sulaiman, menunjukkan ketidakpeduliannya terhadap kekayaan duniawi, menekankan bahawa keimanan kepada Allah lebih penting dari segalanya.
Ratu Balqis akhirnya setuju untuk menghadap Nabi Sulaiman dan menyaksikan keindahan serta keagungan istana Nabi Sulaiman, yang bahkan membuat istana dan singgasana Ratu Balqis pucat dibandingkan dengan istana Nabi Sulaiman.
Ini membuktikan bahawa kekayaan dan kemuliaan yang sebenarnya berasal dari keimanan kepada Allah, bukan dari harta benda duniawi.
Kisah ini mengajarkan kita tentang pentingnya keimanan, kepatuhan kepada perintah Allah, dan bahawa kekayaan sejati bukanlah yang bersifat kebendaan tetapi yang berakar dari keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
6 JENIS PERMAINAN YANG BAGUS UNTUK MINDA ANAK ANDA
Kanak-kanak boleh berkembang sebagai pelajar yang lebih aktif apabila mereka berseronok dalam persekitaran permainan yang kondusif untuk pembelajaran.
Permainan otak terbaik ialah permainan yang boleh memberi tumpuan kepada bidang tertentu perkembangan anak anda.
Aktiviti permainan untuk kanak kanak ini memberi kesan positif kepada kemahiran motor, ingatan-ingatan lisan, pengecaman dan pengesanan corak, serta lain-lain lagi.
Ini antara yang paling mudah dan terbaik untuk perkembangan minda kanak-kanak :
Susun Suai Gambar (Jigsaw Puzzle)
Bermain puzzle merupakan antara permainan klasik kanak-kanak sejak dahulu lagi. Permainan ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus, pengesanan corak, pengecaman imej dan penyelesaian masalah.
Kanak-kanak juga boleh belajar tentang kerjasama untuk menyelesaikan tugasan, serta kemahiran penting yang berkaitan dengan kepuasan tertunda setelah menyelesaikan puzzle.
Bercerita Dengan Satu Perkataan
Anda boleh mengajak semua anak-anak anda atau kanak-kanak lain untuk bermain permainan ini. Berikan perkataan tertentu kepada setiap kanak-kanak dan minta mereka untuk membuat cerita ringkas dengan menggunakan perkataan tersebut.
Aktiviti ini boleh membantu mencetuskan kemahiran penyelesaian masalah kreatif dalam diri kanak-kanak dan meningkatkan pemahaman mereka tentang bahasa.
Bermain Tanah Liat
Bermain tanah liat juga amat baik untuk perkembangan minda anak anda, lebih-lebih lagi tanah liat dengan pelbagai warna. Bagi kanak-kanak yang masih kecil, tanah liat berwarna-warni sangat sesuai untuk mengajarkan mereka menentukan warna yang betul.
Selain itu, membentuk tanah liat dengan menggunakan tangan mereka sendiri dapat merangsang motor halus selain mengembangkan bakat kreatif anak anda.
Blok & Mainan Binaan
Pemainan blok dipercayai dapat merangsang pertumbuhan otak dalam semua aspek perkembangan. Malah ada kajian membuktikan kanak-kanak yang bermain blok secara kerap ketika berusia 3, 4 dan 5 tahun akan lebih baik dalam pelajaran matematik, khususnya algebra apabila berada di sekolah menengah.
Terdapat banyak pilihan blok dan set pembinaan yang menyeronokkan untuk dipertimbangkan, termasuklah blok kayu dan lego.
Mainan Budak #Pretend play
Pretend play atau role play, merupakan permainan dramatik yang mempunyai manfaat kognitif, sosial dan emosi yang terbaik.
Ini kerana melalui permainan seperti ini, contohnya bermain masak-masak, doktor atau guru, anak akan mula menerokai apa yang disukai, diminati dan menjelajahi dunia di sekeliling mereka. Permainan ini juga memberi peluang kepada anak untuk belajar sesuatu perkara baharu berkaitan kehidupan.
Kanak-kanak sedang membina kemahiran sosial dan emosi, menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks, belajar membaca isyarat sosial, berkongsi, bergilir-gilir dan banyak lagi apabila mereka terlibat dalam permainan dramatik.
Mainan yang menyokong permainan ini termasuk perabot saiz kanak-kanak, pakaian dan solekan, anak patung dan pakaiannya, makanan plastik, mesin tunai, alat permainan pengangkutan dan sebarang barangan kreatif membolehkan anak ‘berlakon’ (pretend).
Kit Seni & Kraf
Seni dan kraf merupakan antara permainan yang digemari kanak-kanak. Berikan anak kertas, pensel warna, krayon dan gunting yang selamat untuk mereka.
Lihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila berjaya menghasilkan potongan bentuk unik. Berikan sokongan dan percayalah ia akan terus meningkatkan motivasi mereka untuk lebih berimaginasi dan menjadi kreatif.
Berikan putik kapas atau bebola kapas untuk dicelup dalam warna air dan lihat bagaimana mereka menghasilkan lukisan seperti Leonardo da Vinci junior.
Namun anda perlu memantau kerana anak mungkin ‘tergoda’ untuk menconteng dinding! Untuk menghindari perkara ini anda boleh menampal kertas besar pada dinding dengan menggunakan pita pelekat.
5 Idea Hadiah Untuk Hari Guru Kurang Dari RM 5
16 Mei merupakan hari yang paling istimewa untuk guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita.
Ingat lagi tak waktu awal-awal kita masuk sekolah dulu, guru-guru inilah yang sambut kita dengan wajah yang penuh dengan keceriaan.
Jadi untuk hari istimewa ini, jom hadiahkan mereka dengan sesuatu yang istimewa. Tak perlu yang mahal.
Cukup sebagai menghargai pengorbanan dan keikhlasan mereka dalam memdidik kita.
1. Teacher Survival Kit
Bekas tu boleh je beli di kedai ECO dan letakkan coklat atau gula-gula.
2. Pokok Hiasan Beserta Ucapan Istimewa
Pemberian pokok hiasan ini adalah simboliknya tau. Selain menghiasi meja guru, pokok hiasan mampu beri ketenangan.
Pokok ini, korang boleh cambahkan pokok dari halaman rumah sahaja.
3. Hands Down
Terdapat banyak jenis yang di jual di Kedai ECO. Untuk menampakkan lebih istimewa titip ucapan ‘manis’ khas untuk guru korang.
4. Lilin
Seperti mana lilin ini menerangi dan mengeluarkan haruman wangi, seperti itulah jasa dan pengorbanan guru pada kita semua.
Cewah.. Kalau cikgu korang baca confirm terharu,
5. Bunga Origami
Walaupun ramai meminati bunga segar, namun pemberian bunga origami ini akan jadi lebih bermakna apabila satu kelas menitip ucapan di setiap kuntum bunga.
Sumber : Pinterest