
Kira-kira 100 kanak-kanak, penjaga dan ahli keluarga telah menyertai program “Jom Chillax” Jom Mewarna yang merupakan sebuah acara bulanan istimewa dari Bintang Kecil. Program yang dijalankan ini adalah sebuah inisiatif untuk menyatukan kembali di samping mengembalikan semula semangat kanak-kanak setelah sekian lama tidak melakukan aktiviti secara fizikal.


“Jom Chillax” ialah sebuah aktiviti bulanan yang akan menemui semua pelayar media sosial Bintang Kecil, Pa&Ma dan Majalah Keluarga untuk bersama-sama menyertai program hebat sepanjang tahun 2022 ini. Bermula dengan program Jom Mewarna yang berlangsung di Kidzooona Central I-City Shah Alam, agenda program ini akan berterusan dengan pelbagai lagi susunan aktiviti menarik seperti ‘Jom Jadi Superhero Cilik’, ‘Jom Solat’, ‘Jom Berzapin’, ‘Jom Climbing’, ‘Jom Memanah’ dan pastinya semua aktiviti ini anda boleh daftar terus di TOKO Ideaktiv.




Penganjuran pertama kali ini melihat pelbagai reaksi positif dari kalangan ibu bapa yang inginkan penganjuran program seperti ini diteruskan. Ramai yang berpuas hati dengan lokasi acara yang sangat menghiburkan di samping tawaran hadiah istimewa yang diberikan sepanjang acara berlangsung.
Jutaan terima kasih kepada para penaja hebat Pharmaniaga Berhad, KFC Malaysia, Kidzooona Malaysia, Aeon Fantasy Malaysia, Aducktive Salted Egg, Crimebites dan Ombak Exclusive yang sudi menaja program ‘Jom Chillax’ Jom Mewarna Bintang Kecil. Semoga kerjasama ini kekal berterusan dan mampu memberikan satu impak yang besar buat kesemua pihak serta mampu menyuntik momentum juga inspirasi baru di dalam diri kanak-kanak di Malaysia.
Kalau korang jenis sukakan tarian asli, mungkin inilah masanya untuk korang sertai JOM BERZAPIN. Hanya RM20 sahaja, korang boleh belajar sambil dapatkan goodies istimewa dari BINTANG KECIL. Klik je di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-berzapin/ untuk sertai kelas ZAPIN paling havoc untuk kanak-kanak!